Saturday, June 21, 2008

BELAJAR SEO : Apakah itu SEO ?

BELAJAR SEO kali ini ingin membincangkan serba sedikit tentang SEO itu sendiri.
Anda mesti ingat saya pun baru belajar SEO, jadi apa yang saya nyatakan adalah berdasarkan
pengetahuan saya yang sedikit ini. Bolehlah dikira sebagai perbincangan tak formal tentang SEO ini.

SEO atau optimasi enjin carian adalah satu usaha yang kita lakukan terhadap web/blog kita
supaya web/blog tersebut dapat menambah trafik daripada enjin carian.

Semasa saya belajar SEO daripada beberapa buah ebook, ia terbahagi dua bahagian iaitu usaha semasa membina
web/blog dan usaha selepas web/blog tersebut telah siap.

Post ini mungkin kurang sesuai utk dibaca oleh mereka yang sudah mahir tentang SEO.
Walau bagaimana pun elok juga jika mereka yang telah mahir membaca post ini utk memberi teguran jika ada
salah dan silap.

Bagi mereka yang baru belajar SEO, saya akan berkongsi beberapa langkah awal atau lebih tepatnya
beberapa perkara yang patut kita tahu sebagai seorang yang baru belajar SEO.

Saya akan bahagikan seperti berikut:
1] Persediaan
2] Semasa membuat web/blog
3] Selepas membuat web/blog

Saya mungkin akan menggunakan bahasa[istilah] yg biasa bagi newbies dan dalam masa yang sama saya akan cuba masukkan
istilah-istilah yang tak biasa bagi newbies

Jumpa lagi